Sabtu, 2 Januari 2010

Zakat wang kertas

Pertamanya, di dalam menentukan kadar zakat dizaman ini sudah tentulah dikadarkan dengan emas dan bukanlah dikadarkan dengan perak. Ketika mana Nabi s.a.w menentukan kadar nisob zakat dengan emas dan perak tidaklah nabi memaksudkan menjadikannya dua nisob.Namun ianya adalah satu nisob yang hanya dikadarkan dengan 2 jenis matawang, kerana makna nisob disisi syariat adalah had untuk orang yang diwajibkan zakat.
Zakat difardhukan kepada orang yang kaya untuk diberikan kepada fakir miskin, persoalannya siapakah orang-orang yang diwajibkan zakat? Ataupun dalam kata lainnya, bilakah seseorang itu wajib membayar zakat?
Ulama telah berselisih pendapat didalam menetapkan nisob bagi orang kaya dengan harta yang bebeza. Maka dengan itu, wang dinisbahkan dengan dua benda :
1. Emas, nisobnya adalah 20 misqol
2. Perak, nisobnya adalah 200 dirham
Persoalannya, mengapa nabi s.a.w mengkadarkan nisob dengan emas dan perak?
Ini adalah kerana, masyarakat arab pada zaman itu tidak mempunyai matangwang yang khas untuk mereka.Maka, mereka menggunakan perak dirham yang datang dari parsi, dan dinar emas yang datang daripada Rom.
Disebabkan itu, nabi s.a.w telah menetapkan nisob orang kaya pada waktu itu, 20 dinar daripada emas, ataupun 200 dirham daripada perak, ketika mana dinar menyamai 10 dirham di pasaran pada waktu itu.
Selepas itu harga emas telah menurun. Kemudian pada zaman khilafah ar-rasyidin harga dinar adalah bersamaan dengan 12 dirham, kemudian sebanyak 15 dirham, kemudian sebanyak 20 dirham dan kemudian 30 dirham…Hinggalah ke zaman hari ini yang mana apabila perak dinisbahkan dengan emas ianya terlalu murah dan menjadikan perbezaan yang besar antara nisob perak dan nisob emas.Sebagai contoh, had orang yang wajib bayar zakat adalah 50 riyal Saudi jika dinisbahkan kepada perak dalam masa yang sama had orang wajib bayar zakat adalah 1500 riyal jika dinisbahkan kepada emas.
Apabila kita mengkadarkan matawang kertas dengan perak , ianya tidak akan bertambah lebih daripada 50 riyal…Manakala,jika dikadarkan dengan emas ianya akan menjadi suatu perbezaan yang besar antara dua nisob tersebut. Dinar islam yang pertama berkembang dan tersebar adalah pada zaman Abdul Malik Bin Marwan.Timbangan 1 dinar adalah bersamaan 4.25 gram pada zaman tersebut.Maka 20 dinar adalah bersamaan dengan 85 gram.
Untuk nisob perak ianya adalah terlalu sedikit kerana sesiapa yang memiliki 50 riyal tidaklah diiktibar sebagai kaya.
Hakikatnya, dinisbahkan kepada nisob emas adalah lebih tepat dan ianya lebih dekat dengan jenis nisob-nisob yang lain seperti 5 ekor daripada unta,40 ekor daripada kambing, dan 30 ekor daripada lembu serta nisob-nisob yang lain.
Orang yang diwajibkan membayar zakat adalah orang yang memiliki nisob.Jika wang seseorang itu menyamai nilai 85 gram daripada emas,wajib keatasnya zakat dengan nisbah 2.5% ataupun ¼ .
Kadar terbaru bagi emas dan perak di Negara Jordan :
• 85 gram emas =JD1615 =RM8075
• 200 dirham perak = JD1000 = RM5000
Contoh permasalahan :
Muhammad mepunyai sejumlah wang tunai seanyak JD5000 .Maka wajib keatasnya membayar zakat kerana sudah mencukupi nisob yang telah ditetapkan oleh syara’ iaitu sebanyak JD1615.Maka wajib keatasnya membayar zakat sebanyak 2.5% daripada JD5000.
2.5% X JD5000 = JD125
Disediakan : Azmuddin Bin Razali
• Fatawa muasarah Dr Yusof Al-Qardhawi
• Rujukan Dr Ali Zuqaili

Tiada ulasan:

Catat Ulasan