Khamis, 21 Januari 2010

Impian semasa kecil

Ingin ku ceritakan sedikit pengalaman ketika kecil, saya sering berkata "nak jadi macam ayah "..seorang sahabat bertanya."klo engko dh besar ni,nak jadi apelak din?".
"Ana klo dah besar ni nak jadi macam ayah juga".jawab saya...

Apalah yang hebat pada ayah saya ini sehinggakan cita-cita hidup saya adalah mahu jadi sepertinya.??

Yang pertamanya, beliau sejak bangku sekolah lagi seorang yang cukup aktif dalam bidang sukan,persatuan dan sebagainya.Diperingkat universiti,beliau juga sorang yang aktif dalam bidang persatuan dan banyak memegang jawatan di dalam persatuan.

Masuk dialam pekerjaan, semasa saya kecil, saya sering melihat ayah sibuk dengan pekerjaan sehingga diwaktu hujung minggu beliau terpaksa menghbiskan masanya keluar untuk bekerja.Seorang guru yang sangat disegani oleh rakan-rakan seperjuangannya.Manakan tidaknya, beliau menjawat jawatan guru pakar bagi subjek pendidikan islam,pernah terlibat dalam penulisan buku teks serta buku rujukan bagi subjek agama islam sekolah menengah.

Saya juga tidak hairan apabila melihat beliau keluar merata dalam negara malaysia untuk menghadiri pelbagai mesyuarat,seminar, program-program dan sebagainya.

Dahulunya,beliau juga merupakan ahli panel penanda kertas soalan SPM bagi subjek pendidikan islam yang mana beliau merupakan ketua panel bagi beberapa negeri.

Hingga pernah suatu ketika, ayah saya dianugerhi pingat jasa negara......

Jika dilihat dalam bidang dakwah..

Ayah saya sering dijemput oleh masjid-masjid serta sekolah-seolah untuk memberi ceramah.Walaupun tidak semasyhur pendakwah-pendakwah yang lain,yang sering keluar di televisyen, saya cukup kagum dengan cara perckapannya dikhalayak ramai, ketegasan beliau di dalam menyampaikan kebenaran.

Ayah saya yang kininya bergelar imam di kawasan rumahnya.Telah banyak melakukan perubahan pada kampung tersebut.Sungguh besar pengrbanan yang dilakukannya.Jika dahulunya, bilangan jemaah di masjid hanyalah 2 ke 3 orang, dan suatu ketika tiada seorang pun yang solat di masjid.Namun, dengan perubahan yang dilakukannya.Alhamdulillah,bilangan jemaah di masjid semakin ramai bahkan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.


Namun,disebalik perubahan yang cuba dilakukannya.Ada juga insan yang bergelar manusia mempunyai hasad dengki.Biarlah,tidak perlu saya menceritakan kisahnya dengan lebih mendalam.

Ini lah yang dapat saya coretkan tentang ayah saya.Masih banyak lagi yang ingin saya kongsikan.Namun,cukuo sekadar ini sahaja untuk dikongikan bersama.

Segala coretan saya ini,adalah berkenaan ayah saya " Razali Bin Syarif"

Sabtu, 16 Januari 2010

terasa ingin berkongsi

Fiqh ibadat 2

Madah ini adalah merupakan satu madah yang wajib bagi pelajar kuliah syariah untuk mengambilnya.Sememangnya apabila madah ini ditukar gurunya kepada Doktor Faris,sayalah orang pertama mengeluh dan berkata pada hati "habislah, jatuh muaddal aku kali ni".

Namun saya terus tekad untuk tidak mengisqot madah ini.Kita sering maklum yang DR Faris aadalah seorang pensyarah yang cukup hebat dan cukup di hormati oleh semua pensyarah-pnsyarah yang lain.Siapa yang tidak mengetahui yang mana beliau satu-satunya Doktor yang mengambil ijazah,master dan PHD di university tertua di dunia iaitu Al - Azhar.

Para pelajar juga akan terbiasa dengan keadaan yang mana beliau sering merajihkan pendapat-pendapat mazhab abu hanifah bahkan beliau sendiri mengakuinya di dalam kelas pengajarannya.

Kerenah soalan di dalam imtihan

Pelajar sering maklum bahawa soalan Dr Faris memang cukup rumit.Lagi-lagi madah-madah yang sering turun dengannya.Bak kata orang,soalan daripada beliau tidak lari daripada ta'rif serta quyud , mukhtarazat berserta dengan dalil.Masalah khilaf juga memang antara selalu soalan yang menjadi pilihan beliau.

Pengalaman usul fiqh 2(dilalat)

Kelas pertama saya bersamanya.Terdetik di hati ni"Ya Allah,hebatnya Doktor ni"..
Manakan tidak,apabila melihat beliau menyebut segala kalam-kalamnya tidak sedikitpun yang lari daripada apa yang termaktub didalam buku.Ditambah pula dengan ilmu-ilmu tambahan yang diselitkan disepanjang pengajian bersamanya.Namun, beiau tidak akan lari dari merajihkan pendapat mazhab hanafi.

................................

Kata Dr Faris "ada setengah pelajar menuduh aku selalu merajikan pendapat imam abu hanifah"..namun beliau terus menjawab..."memang aku selalu merajihkan pendapat abu hanifah......."

...............................

Memang tidak dapat disanggahi,beliau memang seorang yang hebat.Berapa ramai dizaman moden ini yang boleh mengahafal kitab-kitab turath.Anda jangan terkejut jika kitab "hidayah" syarah kitab bidayatul mubtadik sudah lekat di dalam fikiran Dr Faris.

........................

Rabu, 6 Januari 2010

Tak kenal maka tak cinta

Al-Qardhawi (1)
Sedar ataupun tidak,saya sebenarnya telah dilamun cinta dengan ulama agung tersebut.Hinggakan jika terdapat permasalahan fiqh,tanpa ragu-ragu saya terus mencari kitab yang dikarang ulama ini untuk mengetahui jawapannya ataupun laman web beliau sendiri.

Beliau yang dilahirkan 9 September 1926 sekarang ini telah menjadi begitu terkenal dengan program Al-Jazeera, Syari'ah wal Hayat ( "Syariah dan Kehidupan"), dan “islam online”di mana beliau memberikan pendapat dan maklumat keagamaan ( "fatwa") .

Al-Qaradawi telah mengarang hampir seratus buah buku dalam pelbagai bidang keilmuan Islam terutama dalam bidang sosial, dakwah dan pengajian Islam. Buku-buku beliau sangat diminati oleh umat Islam seluruh dunia. Bahkan buku-buku tersebut telah diulang cetak berpuluh-puluh kali dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Di samping itu, buku-buku tersebut dapat menjelaskan wawasan perjuangan dan pemikiran al-Qaradawi secara lebih terperinci.

Antara kitab-kitab beliau yang masyhur :

1. Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, (Halal dan Haram dalam Islam), al-Maktab al-Islami, Beirut, 1980.
2. Fatawa Mu’asarah, 2 jilid ( Fatwa-Fatwa Semasa), Dar al-Wafa’, Kaherah., 1993
3. Al-Ijtihad fi al-Shari’at al-Islamiah, (Ijtihad dalam syariat Islam), Dar al-Qalam, Kuwait,1996
4. Madkhal li Dirasat al-Shari’at al-Islamiah, (Pengenalan Pengajian syariat Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1997
5. Min Fiqh al-Dawlah al-Islamiah, (Fiqh Kenegaraan), Dar al-Shuruq, Kaherah,1997
6. Nahw Fiqh Taysir, ( Ke arah fiqh yang Mudah), Maktabah Wahbah, Kaherah,1999
7. Al-Fatwa bayn al-Indibat wa al-Tasayyub, (Fatwa-fatwa antara Kejituan dan Pencerobohan), Dar al-Sahwah,Kaherah,1992
8. Al-Fiqh al-Islami bayn al-Asalah wa al-Tajdid, (Fikah Islam antara ketulenan dan Pembaharuan), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1999
9. Awamil al-Sa’ah wa al-Murunah fi al-Syari’ah al-Islamiah (Faktor-Faktor kelenturan dalam syariah Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1999
10. Al-Ijtihad al-Mu’asir bayn al-Indibat wa al-Infirat, (Ijtihad Semasa antara kejituan dan kecuaian), Dar al-Tawji’ wa al-Nashr, Kaherah,1994
11. Fiqh al-Siyam, ( Hukum Tentang Puasa), Dar al-Wafa’, Kaherah,1991
12. Fiqh al-Taharah, (Hukunm Tentang Kebersihan), Maktabah Wahbah, Kaherah,2002
13. Fiqh al-Ghina’ wa al-Musiqa (Hukum Tentang Nyayian dan Muzik ), Maktabah Wahbah, Kaherah,2001
14. Fi Fiqh al-Aqaliyyat al-Muslimah, ( Fiqh minoriti Muslim) Dar l-Shuruq, Kaherah, 2001

Sabtu, 2 Januari 2010

Zakat wang kertas

Pertamanya, di dalam menentukan kadar zakat dizaman ini sudah tentulah dikadarkan dengan emas dan bukanlah dikadarkan dengan perak. Ketika mana Nabi s.a.w menentukan kadar nisob zakat dengan emas dan perak tidaklah nabi memaksudkan menjadikannya dua nisob.Namun ianya adalah satu nisob yang hanya dikadarkan dengan 2 jenis matawang, kerana makna nisob disisi syariat adalah had untuk orang yang diwajibkan zakat.
Zakat difardhukan kepada orang yang kaya untuk diberikan kepada fakir miskin, persoalannya siapakah orang-orang yang diwajibkan zakat? Ataupun dalam kata lainnya, bilakah seseorang itu wajib membayar zakat?
Ulama telah berselisih pendapat didalam menetapkan nisob bagi orang kaya dengan harta yang bebeza. Maka dengan itu, wang dinisbahkan dengan dua benda :
1. Emas, nisobnya adalah 20 misqol
2. Perak, nisobnya adalah 200 dirham
Persoalannya, mengapa nabi s.a.w mengkadarkan nisob dengan emas dan perak?
Ini adalah kerana, masyarakat arab pada zaman itu tidak mempunyai matangwang yang khas untuk mereka.Maka, mereka menggunakan perak dirham yang datang dari parsi, dan dinar emas yang datang daripada Rom.
Disebabkan itu, nabi s.a.w telah menetapkan nisob orang kaya pada waktu itu, 20 dinar daripada emas, ataupun 200 dirham daripada perak, ketika mana dinar menyamai 10 dirham di pasaran pada waktu itu.
Selepas itu harga emas telah menurun. Kemudian pada zaman khilafah ar-rasyidin harga dinar adalah bersamaan dengan 12 dirham, kemudian sebanyak 15 dirham, kemudian sebanyak 20 dirham dan kemudian 30 dirham…Hinggalah ke zaman hari ini yang mana apabila perak dinisbahkan dengan emas ianya terlalu murah dan menjadikan perbezaan yang besar antara nisob perak dan nisob emas.Sebagai contoh, had orang yang wajib bayar zakat adalah 50 riyal Saudi jika dinisbahkan kepada perak dalam masa yang sama had orang wajib bayar zakat adalah 1500 riyal jika dinisbahkan kepada emas.
Apabila kita mengkadarkan matawang kertas dengan perak , ianya tidak akan bertambah lebih daripada 50 riyal…Manakala,jika dikadarkan dengan emas ianya akan menjadi suatu perbezaan yang besar antara dua nisob tersebut. Dinar islam yang pertama berkembang dan tersebar adalah pada zaman Abdul Malik Bin Marwan.Timbangan 1 dinar adalah bersamaan 4.25 gram pada zaman tersebut.Maka 20 dinar adalah bersamaan dengan 85 gram.
Untuk nisob perak ianya adalah terlalu sedikit kerana sesiapa yang memiliki 50 riyal tidaklah diiktibar sebagai kaya.
Hakikatnya, dinisbahkan kepada nisob emas adalah lebih tepat dan ianya lebih dekat dengan jenis nisob-nisob yang lain seperti 5 ekor daripada unta,40 ekor daripada kambing, dan 30 ekor daripada lembu serta nisob-nisob yang lain.
Orang yang diwajibkan membayar zakat adalah orang yang memiliki nisob.Jika wang seseorang itu menyamai nilai 85 gram daripada emas,wajib keatasnya zakat dengan nisbah 2.5% ataupun ¼ .
Kadar terbaru bagi emas dan perak di Negara Jordan :
• 85 gram emas =JD1615 =RM8075
• 200 dirham perak = JD1000 = RM5000
Contoh permasalahan :
Muhammad mepunyai sejumlah wang tunai seanyak JD5000 .Maka wajib keatasnya membayar zakat kerana sudah mencukupi nisob yang telah ditetapkan oleh syara’ iaitu sebanyak JD1615.Maka wajib keatasnya membayar zakat sebanyak 2.5% daripada JD5000.
2.5% X JD5000 = JD125
Disediakan : Azmuddin Bin Razali
• Fatawa muasarah Dr Yusof Al-Qardhawi
• Rujukan Dr Ali Zuqaili