Selasa, 7 September 2010

Realiti VS Teori

Manusia hari ini boleh di kategorikan kepada beberapa golongan.Antaranya golongan yang menghasilkan sesuatu berdasarkan pemerhatian realiti dunia dan kemudian mencipta suatu kesimpulan daripada pemerhatian tersebut.

Manakala satu lagi golongan adalah dikenali sebagai golongan yang menghasilkan sesuatu kaedah, kemudian menjadikan kaedah yang di simpulkan itu kepada pecahan-pecahan yang banyak.

Saya pasti anda semua mesti pening apakah yang cuba saya sampaikan di sini.Sedangkan saya sebagai penulis artikel ini agak pening untuk menulisnya.

Sebelum saya pergi jauh, ingin saya bawakan satu contoh kepada anda semua konsep ilmu usul feqah yang digunakan dua imam mazhab yang agung dan cukup dikenali iaitu imam As-Syafie dan imam Abu-Hanifah.

Mazhab Syafie : Didalam menghasilkan kaedah usul-usul fiqh, beliau mencipta satu kaedah usul fiqh, dengan itu, terhasillah daripada kaedah tersebut pecahan-pecahan permasalahan fiqh yang di bincangkan di bawah kaedah tersebut.Atau dalam kata lain ianya dipanggil istinbat.

Mazhab Hanafi : Di dalam menghasilkan kaedah usul-usul fiqh, beliau mencipta kaedah-kaedah tersebut berdasarkan pecahan-pecahan permasalahan fiqh yang mana kemudiaannya dijadikan sebagai satu kaedah umum usul fiqh. Atau dalam kata lain ianya panggil istiqra’.

Berdasarkan penilitian yang dapat kita ambil iktibar daripada 2 manhaj mazhab ini, kaedah usul fiqh yang diciptakan oleh mazhab hanafi agak lebih melihat kepada realiti berbanding kaedah yang di buat mazhab syafie.Ini kerana, kaedah istiqra’ yang di lakukan itu adalah berdasarkan permasalahan-permasalahan yang berlaku pada dunia realiti.Maka dengan itu,dibuat satu kaedah untuk kesemua permasalahan tersebut.Antara kelebihan manhaj ini, kaedah yang di reka itu lebih tepat pada realiti dan keadaan semasa.

Berbanding dengan manhaj mazhab syafie.Yang mana teori manhaj diciptakan dahulu,kemudian barulah segala permasalahan furu’ akan tercabang daripada kaedah tersebut. Ini kerana sesuatu teori ataupun kaedah diciptakan dahulu yang mana kadang kala teori yang terlintas difikiran kadang-kadang tidak berlaku pada reality dan keadaan semasa.

Perbandingan yang cuba saya bawakan ini adalah bukan untuk membuat perbandingan mazhab mana yang lebih betul atau sebagainya.Sememangnya bukan itu niat saya,sedangkan saya hanya pelajar hingusan di dalam ilmu syariah, manakan layak saya sebagai pelajar hingusan mahu mengkritik dua mazhab yang tersebar luas ini yang mana cukup banyak member jasa di dalam masyarakat islam sedunia.Bahkan kedua mazhab inilah yang banyak di pakai oleh masyarakat dunia hari ini.

Kebanyakkan mahasiswa hari ini di dalam melontarkan idea,sering kali tidak dapat membezakan pandangannya itu adakah sekadar realiti akal ataupun pandangan yang direalisasikan dengan keadaan semasa.Bercakap atau menulis sebigini memang mudah, namun anda sebagai pimpinan secara khasnya,mampu mempelajarinya dengan pengalaman.

Belajar dari muhasabah yang lalu…..

Didalam melontarkan idea bagi menyelesaikan sesuatu masalah, tidak mesti tidak,kita boleh lari dari melihat kebelakang untuk mengkaji masalah-masalah yang berlaku untuk menanganinya bagi masa yang akan datang.

Sebagai contoh,suatu persatuan dilanda permasalahan yang mana perlu diubah mentaliti ahlinya kepada keadaan pemahaman yang betul.

Memang mudah bagi seorang pemimpin berkata “aku mahu melakukan perubahan pada sesi kali ini”…..tapi ingat,perubahan tidak akan boleh berlaku jika anda tidak menoleh kebelakang sebentar.Ini kerana, jika anda tidak menoleh kebelakang sebentar, anda mungkin melakukan kesilapan yang sama bahkan mungkin lagi teruk.

Bukan bermakna melihat yang lepas seolah-olah kita mahu mengekalkan tradisi yang lama atau mahu mengiukt yang lama tanpa melakukan apa-apa perubahan


Teori dan realiti dalam masyarakat


Kebanyakkan mahasiswa hari ini apabila pulang ke Malaysia bertembung dengan budaya yang berlaku dalam masyarakat.Sebagai contoh, apabila mahasiswa lepasan university mengeluarkan pandangan berdasarkan ilmu yang dipelajari, manakala orang kampung pula akan mengeluarkan pandangan berdasarkan pengalaman sebagai orang lama.

Maka akan bertembung antara puak kaum muda dan puak kaum tua.Begitulah yang berlaku pada zaman rasulullah s.a.w ketika mengahadapi perang uhud.Yang mana kaum muda yang ingin peperangan tersebut dilakukan di luar kota madinah,manakala kaum tua pula inginkan peperangan tersebut dilakukan di dalam kota madinah memandangkan pengalaman mereka yang luas dalam selok belok kota madinah tersebut .Namun diakhirnya nabi s.a.w mengikut keputusan kaum iaitu dengan berperang diluar kota madinah.



Selaraskanlah teori yang anda pelajari itu dengan keadaan dan realiti semasa.Raikanlah uruf keadaan semasa selagi mana uruf tersebut tidak bercanggah dengan syariat islam ataupun dalam kata lain uruf fasid.

Saya mengakhiri kalam saya ini dengan satu contoh .Permasalahan zikir selepas solat sering diperbahaskan ulama dari dulu hingga sekarang.Setengah golongan mengatakan perbuatan itu bid’ah dan setengah golongan lagi mengharuskannya.Jikalau hadis nabi s.a.w berzikir selepas solat bersama sahabat dikatakan kerana nabi s.a.w ingin mengajar para sahabat (ta’lim).Namun apabila dilihat keadaan masyarakat kampung, yang tidak mengenal huruf mahupun mengeja dalam jawi .Tidakkah ianya sedikit sebanyak mengajar masyarakat kampung membaca ayat-ayat suci al-quran dan melazimi zikir-zikir yang di ajarkan oleh nabi s.a.w.

Adakah relevan jika kita mengharamkan perbuatan berzikir selepas solat ini????