Khamis, 11 Jun 2009

Perjanjian sebuah perkahwinan

Kebanyakkan muda mudi masa kini yang terlibat dengan percintaan ataupun dalam istilah masyarakat yang sering digunakan (couple) adalah suatu yang tidak asing.Kebanyakkan dalam kalangan mereka telah berjanji sesama sendiri tanpa pengetahuan keluarga ataupun wali untuk berkahwin.Namun fenomena seperti ini sering kali dihalang pihak keluarga terutama dari pihak keluarga wanita.
Si ayah mahupun si ibu sudah tentu memahukan yang terbaik untuk anaknya lalu menjodohkn anak perempuannya dengan lelaki yang terbaik bagi pandangan mereka.Namun yang di paksa sudah tentu tidak bersetuju.Apalah daya wanita tersebut untuk menolak arahan daripada ayahnya sendiri.Jika perkara sebegini yang belaku, apakah yang akan terjadi dengan perjanjian yang antara sepasang kekasih tadi????Apakah dibolehkan melanggar perjanjian tersebut dengan berkahwin dengan orang lain????
Jawapan : Sesungguhnya perkahwinan yang disyariatkan oleh islam mestilah mendapat keizinan daripada pihak yang tertentu iaitu daripad si wanita, tidak mesti tidak keizinan daripada wali berserta campur tangan daripa si ibu seperti mana yang telah dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W :
1. Islam menyarankan agar si wali mengambil pandangan si wanita tersebut dan tidak mewajibkan si wanita tesbut daripada mengahwinkannya dengan orang yang dibenci oleh wanita tersebut. Jika wanita tersebut adalah dara, mestilah meminta izinnya terlebih dahulu dan tanda keizinanya itu adalah seperti diam dan lain-lain selagi mana tanda-tanda tersebut menunjukkan redanya. Nabi S.A.W telah menolak pernikahan wanita dengan orang yang tidak disukainya.
2. Tidak mesti tidak mesti mendapat keizinan daripada wali, telah diriwayatkan di dalam hadis, (mana-mana wanita yang mengahwinkan dirinya sendiri tanpa izin walinya, maka pernikahannya itu adalah batal, dan nabi mengulangnya tiga kali.
Maka, dpd hadis ini, islam sangat memelihara wanita agar tidak mudah ditipu daya oleh lelaki yang mana mampu merosakkan kesucian wanita tersebut.
3. Kemudian nabi S.A.W telah berkata kepada si wali di dalam mafhum hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad “ambillah pendapat si ibu” .Ini kerana si ibu adalah seorag wanita yang memahami seluruh aspek kehidupan anak perempuannya yang mana tidak dapat difahami oleh lelaki kebiasaannya.

Apabila telah sempurna kesemua bahagian iaitu mengambi pendapat wanita, mendapat keizinan wali dan mengambil pendapat si ibu berserta pndapat bakal si suami.Maka akan terbentuklah sebuah perkahwinan yang bahagia seperti manafirman Allah taala di dalam kitab sucinya yang bermaksud :

(Dan diantara tanda-tanda(kebesaran)Nya ialah menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan diantaramu kasih dan sayang. Sungguh, pada demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.) surah ar-rum,ayat 21.
Daripada masalah ini, selagi mana perjanjian yang telah dibuat bersama teman lelakinya itu di bawah pengetahuan ibu bapanya atau pihak walinya, maka perjanjian tersebut adalah batal.Perjanjian tersebut juga tiada nilanya sekiranya tanpa keizinan pihak wali.

Enzym yang diperbuat daripada babi

Hukum enzim yang diperbuat daripada babi

Dalam masaalah ini,tidak semua enzim diperbuat dpd babi - Jika asal enzim tersebut diperbuat daripada tulang babi atau lemaknya – haram .Namun ,terdapat satu kaedah yang telah digunakan jumhur fuqaha yang berkaitan dgn masalah ini, iaitu :

1 .Jika sesuatu najis yang telah melalui proses perubahan (istihalah), maka hukumnya turut akan berubah .

Contohya : jika seekor babi mati di dalam tempat pemprosesan garam, dan babi tersebut tidak lagi kembali seperti sifat babi yang sedia ada, bahkan ianya telah bertukar dari segi rasanya , namanya juga tidak lagi kembali kepada nama babi.Maka di sini, hukumnya juga turut akan berubah.

Daripada masalah ini, sesuatu benda itu tidak akan dihukum mengikut asalnya.Contohnya, asal arak adalah daripada anggur, dan anggur dari segi hukum syara’ tidak haram bahkan termasuk dalam hukum yang harus (mubahat).

Dan sekiranya sifat anggur tersebut bertukar kepada sifat yang memabukkan , maka hukumnya juga turut akan berubah kepada haram.Dan begitu juga jikalau sifat arak tersebut bertukar kepada cuka, sudah tentu juga dengan hukumnya yang akan berubah kepada halal.

Terdapat juga bahan-bahan yang lain yang mengandungi canpuran daripada babi seperti ubat gigi, sabun, dan lain-lain lagi.Untuk mudah difahami, bahan-bahan yang mengandungi campuran daripada babi tersebut telah melalui suatu proses perubahan kimia dan ianya tidak lagi kembali seperti babi .


terjemahan dan ringkasan kitab "fatawa muasirah" (Dr Yusof Al-Qardhawi)