Jumaat, 26 Februari 2010

Hubbun nabi "Muhammad s.a.w"

Jika selalu di pondok-pondok, ketika hari maulidur rasul, akan terdengar suara mengalunkan madih-madih, selawat , ceramah dan sebagainya.Namun sejauh manakah seruan selawat, madih-madih yang dilaungkan itu menunjukkan kecintaan kita kepada nabi Muhammad s.a.w.Jika satu dunia menyambut kelahiran orang-orang yang mereka sanjung seperti raja dan sebagainya dengan sambutan yang cukup hebat.Kebiasaannya mereka akan membuat jamuan makanan yang besar-besaran,memberikan cuti kepada rakyat bagi pemimpin serta segala kemewahan keduniaan.

Namun adakah itu yang kita lakukan untuk menyambut kelahiran orang yang kita sanjung nabi Muhammad s.a.w.Sedarkah kita bahawa yang dituntut dalam islam adalah mengikuti sunnahnya ketika hari kelahirannya.Bukan sekadar mengikut sunnah pada 12 rabiul awal bahkan setiap masa.

Jangan marah orang tidak mengikut majlis-majlis selawat pada 12 rabiul awal yang dibuat di masjid-masjid jika anda seorang yang tidak pandai meniliai apakah erti kata "hubbun nabi".Sebagai contoh, anda tidak pernah membaca hadis-hadis mahupun mengahayati, namun anda memarahi orang tidak pergi ke majlis-majlis sambutan nabi Muhammad s.a.w.Anda tidak pernah melakukan solat sunat sebelum subuh di sebabkan anda selalu lewat di dalam menunaikan solat subuh.Ini menandakan bahawa pengahayatan kita terhadap sunnah nabi belum lagi tercapai.Cinta anda pada nabi hanyalah sekadar selawat namun tidak mampu menghayati makna disebalik selawat tersebut.

Begitu juga dengan madih-madih yang di dendangkan, anda hanya mampu melafazkan, namun kecintaan anda melalui lafaz-lafaz itu belum dapat di ikuti denagn amalan dengan mengikuti segala sunnahnya.

Firman Allah taala yang bermaksud : tidaklah kami utuskan Muhammad s.a.w itu melainkan mendatangkan rahmat untuk sekelian alam.

Maka rahmat yang disebutkan itu bukanlah untuk bangsa arab sahaja, ataupun bukan untuk kaum quraisy, bahkan ianyan untuk sekelian alam.

Jika anda memahami apa itu makna rahmat, anda akan mengikuti segala sunnah yang dibawa oleh nabi s.a.w.

Segala coretan yang dibuat ini bukanlah menunjukkan diri ini telah sempurna, namun sebagai peringatan untuk diri sendiri yang tidak lari dari melakukan kesilapan.

Ahad, 21 Februari 2010

"sejarah fiqh"



hari pertama memasuki kelas fiqh qodoya muasarah bersama tenaga pengajar "Dr Syuwess mahamid"...Permulaan kelas yang dimulakan dengan mengenalkan serba sedikit tentang kandungan madah yang bakal kami pelajari sepanjang sem ini.

Namun bukan itu yg cbe sy smpaikan, tetapi ianya adalah berkenaan "تاريخ الفقه"...

Kata Dr syuwess "fiqh yg kamu pelajari sebelum-sebelum ini adalah sejarah fiqh,dan fiqh pada hari ini memerlukan sesuatu pembaharuan ataupun sentuhan baru"

Kemudian terdapat seorang wanita yang tidak berpuas hati dengan kata-kata Dr syuwess tersebut dan menyebabkan berlaku sedikit perbahasan panjang antara Dr SYUWESS dan wanita arab tersebut

Pelajar malaysia terus diam dan tidak terkata apa-apa.

Cukup tertarik dengan falsafah pensyarah ini.

...................

Namun,jika mahu diikutkan logik akal,kata-kata pensyarah ini seolah-olah menolak segala pendapat mazhab-mazhab terdahulu,seperti mazhab syafie,hanafi,hanbali dan maliki.

Persoalannya yang sering membingungi kita,siapakah kita mahu menolak pendapat imam syafie yg ckp hbt dlm bidang fiqh??? siapakah kita mahu menolak segala hujah imam malik yang ckp trkenal dgn kitab "mawata"???dan begitu juga dgn ulama-ulama yang lain.

Apabila dikaji semula,kata-kata pensyarah ini tidaklah salah,manakan tidaknya,kita lihat semula permasalahn yang terdapat didalam kitab-kitab fiqh,kebanyakkannya segala permasalahn yang dibincang secara panjang lebar tidak lagi berlaku pada zaman ini.Maka ,apakah ia masih lagi bermanfaat???

sebagai satu contoh,didalam permasalahn sapu stokin"jarmuk" - stokin yang di perbuat daripada kulit -.Kita lihat zaman hari ini,adakah masih lagi wujud stokin yang di perbuat daripada kulit .bahkan ianya mustahil untuk wujud.Adakah persoalan seperti ini masih di perlukan pada zaman ini.

yang perlu dibahsakan pada zaman ini di dalam masalah sapu stokin adalah stokin yang diperbuat daripada nylon...adakah ianya dibolehkan sapu keatasnya???
kenapa masalah seperti ini tidak dibincangkan???sedangkan ianya sedang berlaku pada zaman ini dan memerlukan pandangan dari sudut syariat islam,

Begitu juga dengan isu insurans.Adakan ianya wujud dalam perbahasan ulama-ulama terdahulu.????

MakA siapakah yang perlu menjawab soalan-soalan seperti ini jika bukan kita yang bergelar penuntut ilmu syariah islamiah.

Realiti hari ini,apabila kita keluar ke dalam kelompok masyarakat dan realiti dunia hari ini,kita tidak akan lagi disoal mengenai permasalahn khilaf dalam kitab-kitab fiqh yang lama.Namun,persoalan yang sering dilontarkann adalah berkaitn dengan muasarah.

Sebagai contoh,hukum bayi tabung uji,zakat saham syarikat,hukum perlindungan insurans.Semua permasalahn ini memerlukan jawapan dari sudut syariat islamiah.

"jika imam as-syafie masih wujud pada zaman ini,nescaya die akan mengubah hukum fiqh yang telah di buatnya" kata lagi Dr syuwess..

Manakan tidaknya,kita kembali semula kepada sejarah,imam syafie sendiri mempunyai 2 pendapat.yang mana beliau sendiri yang mengubah pendapatnya ketika beliau telah berpindah ke mesir.Ini disebabkan perubahan uruf yang berbeza menyebabkan beliau mengubah pendapatnnya itu.

Maka daripada sejarah juga telah membuktikan,ilmu fiqh memerlukan suatu pembaharuan.Namun,perlu diingatkan,bahawa segala perubahan tersebut mestilah tidak bercanggah dengan qowaid serta maqosid syariat yang telah di tetapkan.
Perbahasan ilmu fiqh muasarah juga mempunyai hubung kait yang tidak boleh dipisahkan dengan permasalahn yang lama.cuma,kadang kala ianya berubah dari segi nama.

Sebagai contoh,dalam permasalahn riba,kitab-kitab fiqh perbahasan ulama dahulu menakannya adalah riba.Namun apabila dilihat pada zaman hari ini.Konsep faedah yang digunakan oleh bank konvensional adalah same dengan riba.Maka hukumnya juga tidak lari daripada yang telah di perbahaskan ulama terdahulu,cuma bertukar dari segi bentuk ayat.

Bukanlah kita mahu menghina pendapat ulama-ulama terdahulu.Bahkan,mereka telah berjasa banyak didalam menyelesaikan masalah-maalah hukum yang berlaku didalam masyarakat dunia apatah lagi mahu mengkritik serta menyaggah pendapat-pendapat mereka.Perlu di ingatkan,semua ulama-ulama terdahulu mengeluarkan pendapat yang bersesuaian dengan zaman mereka dan uruf.

Maka,fiqh hari ini, mestilah yang bersesuain dengan zaman dan uruf yang selari dengan konsep qowaid dan maqosid syariat yang sebenar.
Sebagai contoh,hukum memakan khinzir adalah haram disisi syariat seperti mana yang telah di dalam Al-Quran dan Hadis.Ianya tetap akan menjadi haram jika berlaku perubahan waktu atau zaman dan dibolehkan memakannya ketika waktu darurat.Namun,hukum asalnya tetap haram cuma dibolehkan memakannya di waktu-waktu tertentu seperti mana yang disebutkan sebentar tadi.