Isnin, 6 Disember 2010

Yang benar tidak semestinya pada yang ramai

Yang benar tidak semestinya pada yang ramai

Fenomena meletakkan suatu yang benar pada suara yang ramai bukanlah suatu yang perkara yang pelik. Memang begitulah lumrah akal manusia yang sejajar dengan syariat islam.Namun kebarangkalian kebenaran itu wujud pada suara yang sedikit.

Kembali semula kepada ulama-ulama islam yang dahulu dan sekarang dalam membicarakan soal ini.Ulama hadis didalam meletakkan syarat hadis yang bertaraf mutawatir,antaranya mestilah diriwayatkan sebilangan perawi yang ramai ,walaupun bilangan yang khilaf disisi ulama-ulama hadis dengan ada yang mengatakan sebanyak 10 perawi,15 orang perawi,40 orang perawi dan sebagainya.Bukan bilangan persoalannya di sini,namun mengapa ulama meletakkan sebilangan perawi yang ramai,yang mana kerana kebanyakkan perawi ini mustahil meriwayatkan sesuatu yang dusta.

Kerana yang ramai itu kebarangkaliannya itu benar dan mustahil bedusta.Begitu juga dengan kehidupan kita seharian sama ada dalam persatuan,mahupun mana-mana jemaah yang lain.Mungkin boleh di persoalkan kadang-kadang kebenaran itu tidak semestinya pada yang ramai,boleh jadi yang sedikit itu juga benar.

Islam mengajar ummatnya menilai sesuatu daripada yang zahir dari segala aspek,mahupun keikhlasan dalam perbuatan itu pun bukannya milik manusia di dalam menilainya,semuanya diletakkan pada yang Esa untuk menilainya.

Memang benar kebenaran itu kadangnya pada yang sedikit,namun bukan itu kayu ukur penilaiannya.Apabila melihat sejarah nabi s.a.w di dalam meletakkan apa-apa keputusan. Disebabkan anggapan kita yang benar itu pada yang sedikit,terus kita letakkan keputusan pada yang sedikit.Lihatlah baginda di dalam menetapkan keputusan setelah bermusyawarah bersama sahabat,suara yang ramai itu juga di ambilnya dengan mengetepikan suara yang sedikit walaupun baginda sendiri tergolong dalam kalangan mereka yang sedikit itu pada ketika itu.Kerana apa baginda berbuat demikian,tidak lain tidak bukan kesan mengambil pendapat yang sedikit akan mendatangkan pelbagai mafsadah yang lebih besar.Bayangkan jika pendapat yang golongan sedikit yang dipilih,sudah tentu golongan yang besar itu akanada perasaan tidak puas hati yang akan mendatangkan kesan seperti perpecahan dan sebagainya.

Kesimpulannya,terimalah dengan redha keputusan yang ramai meskipun kita tergolong dalam mereka yang sedikit,meskipun natijahnya kurang memberansangkan berbanding pendapat kita,namun percayalah,ada hikmah di sebaliknya.

*Agama islam itu sejajar dengan akal fikiran kita,tidak ada yang bercanggah dengan akal.Jangan salahkan islam jika tidak mampu dijangkaui oleh akal,namun salahkan akal kita sendiri kerana tidak mampu menjangkaui islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan