Isnin, 6 Disember 2010

ISLAM ITU ZAHIR

Islam itu zahir

Ahamdulillah,dengan rasa rendah diri kepada yang Esa,selesai sudah menunaikan ibadat haji,walaupun ceritanya sudah habis,namun terdetik juga hati ini untuk mengupasnya serba sedikit.Sudah semestinya pelbagai pengajaran yang dapat di ambil hasil daripada pengalaman menunaikan haji dengan travel arab yang sungguh menguji kesabaran.Mungkin sahabat2 ku yang lain sudah mengulas apa yang berlaku sepanjang perjalanan kami menunaikan haji sehingga kami pulang ke kampung halaman bumi mu’tah tempat kami meneruskan perjuangan pengajian kami di sini.

Menggapai taqwa dalam iman bukan suatu yang mudah,namun ianya nampak secara zahir bagaimana untuk mendapatkannya.Meskipun dengan berdoa,ianya sudah dikira usaha untuk mendapatkannya.Bukan suatu yang sia-sia untuk menggapai taqwa seperti mana firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“sesungguhnya orang yang mulia di antara kamu disisi Allah adalah orang yang bertaqwa”

Didalam perjalanan kami untuk menunaikan haji,pelbagai dugaan yang Tuhan datangkan untuk menguji kesabaran kami,sama ada dari segi harta,fizikal mahupun mental.Ia,memang benar,taqwa dalam iman bukan sekadar datang dari langit turun ke bumi dengan begitu mudah,namun perlukan usaha.



Nabi s.a.w juga diuji dengan perkara sedemikian,tidak pernah baginda mengharapkan karamat daripada Allah semata-mata untuk menolong dalam menyebarkan dakwahnya,seperti mana yang disebutkan dalam hadis yang berkenaan dengan gunung yang mahu dihimpapkan pada mereka kaum musyrikin di thoif yang menghina dakwah baginda s.a.w, dan begitu juga dengan kisah nabi s.a.w menunggu penurunan wahyu selama 40 hari yang mana bukan satu jangka masa yang singkat.Jika di semak semula tidak pernah berlaku dalam sejarah nabi s.a.w dan juga para nabi sebelumnya meminta untuk berlaku pada hari sekian-sekian,maka akan terjadi perkara yang diminta itu,namun semuanya atas keizinan daripada Allah S.W.T.

Melihat fenomena hari ini,pelbagai manusia yang mahu mengambil jalan yang singkat untuk mendapat syurga,taqwa dalam iman yang mana sudah semestinya suatu perkara yang mustahil.Meskipun dengan doa juga merupakan suatu usaha .Firman Allah S.W.T mafhumnya:

“Apakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan begitu sahaja dengan mengatakan,kami telah beriman,sedang mereka tidak di uji lagi”

Kadang-kadang,kita menyangkakan kita di uji dengan dugaan yang begitu besar,dengan itu kita merasakan iman kita berada ditahap yang tinggi berbanding daripada orang lain,namun terdapat golongan manusia lain yang ujiannya seribu kali ganda lebih besar Allah timpakan padanya.Bukan mahu mengatakan ujian kita kecil,namun sekadar renungan terhadap kita semua atas segala yang berlaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan