Rabu, 25 Ogos 2010

Ibadah itu bersebab

Banyak dalam kalangan ulama hari ini menyatakan penentuan bilangan di dalam ibadat seperti (solat 5 waktu,berserta bilangan rakaat setiap solat, bilangan hari berpuasa sebulan, tempoh berpuasa bagi sehari, bilangan mengelilingi kaabah bagi siapa yang menunaikannya dan segala ibadat-ibadat yang di syariatkan ) tiada I’llah atau dalam kata lain tidak di ketahui sebab segala penentuan tersebut di tetapkan.


Antara dalil mereka adalah, pensyariatan ibadah pada asalnya adalah tahrim ,maka hanya ibadah yang di syariatkan terhad kepada yang I syariatkan sahaja , dan segala penambahan di dalam ibadah adalah haram atau dalam kata lain adalah bida’h.
Mereka berhujah lagi,rentetan daripada itu, maka asal di dalam pensyariatan ibadah adalah taabbudiyah.Iaitu kita tidak dibenarkan mempersoalkan serta memikirkan kenapa ia disyariatkan, kenapa bilangannya di tetapkan sedemikian, dan sebagainya.


Segala hujah yang dibentangkan oleh ulama-ulama ini sungguh hebat dan di puji.Namun, apabila difikir-fikir kembali,benarkah ibadat-ibadat di dalam islam tiada I’llah.???


Ingin saya memetik pendapat seorang ulama yang mengatakan antara sebab penentuan bilangan di dalam ibadat adalah tahdid (penentuan / ketetapan).Maka,daripada petikan kata-kata ulama tersebut, dapat kita menyelami,bahawa jika penentuan bilangan di dalam pensyariatan ibadat tidak wujud,apakah yang akan terjadi pada manusia ketika melaksanakan ibadat.Sudah tentu dalam keadaan yang tidak sistematik,tidak tersusun dan berubah.


Sebagai contoh pensyariatan kiblat di makkah.Jika pensyariatan kiblat tidak di tetapkan ke suatu tempat yang khusus,maka sudah tentulah manusia melaksanakan ibadah dalam keadaan kiblat yang tidak tetap.Bukankah pensyariatan kiblat ini melambangkan kesatuan ummat islam satu dunia.maka jika ianya tidak di syariatkan, dimanakah lambang kesatuan ummat islam satu dunia itu ???.Lambang kesatuan ummat islam ini sudah tentulah mampu melamahkan kekuatan serta kegagahan orang islam.


Lihatlah hikmah agung di sebalik penentuan pensyariatan di dalam ibadah harian kita.Begitu jugalah dengan ibadat-ibadat yang lain.Cukuplah sekadar saya mengemukakan satu contoh yang saya kira sudah dapat memahamkan anda semua.


Benarkah hikmah-hikmah pensyariatan yang di bahaskan oleh ulama-ulama usul tidak berdalilkan Al-quran dan As-sunnah dan hanya berdalilkan istiqra’ (sudut pandangan secara keseluruhan / research)?


Pendapat seperti ini sememangnya tidak benar.Kita lihat sendiri kalimah –kalimah yang terdapat di dalam al-quran yang mengandungi lafaz-lafaz yang berbentuk I’llah (kehendak/ sebab / hikmah).
Firman Allah S.W.T :
)رسلا مبشرين ومنذرين لئلا يكون للناس على الله حجة بعد الرسل(
وما أرسلناك إلا رحمة للعالمين
Allah S.W.T telah berfirman di dalam tujuan asal penciptaan manusia :
)وهو الذي خلق السموات والأرض في ستة أيام وكان عرشه على الماء ليبلوكم أيكم أحسن عملا(
)وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون(
الذى خلق الموت والحياة ليبلوكم أيكم أحسن عملا(


Daripada ayat-ayat di atas, dapatlah kita fahami perbahasan hikmah-hikmah pensyariatan sesuatu itu berdalilkan Al-quran dan As-sunnah.JIka pemahaman usul syariah itu sendiri mempunyai I’llah ataupun sebab, apatah lagi bahagian furu’ syariah islam itu sendiri.`

maqasid syariah islam ini adalah suatu pemahaman yang penting dalam setiap penuntut ilmu agama di dalam menetapkan hukum.Adapun untuk masyarakat awam, penggunaan ilmu ini adalah untuk menjadikan sesuatu amalan itu sejajar dengan kehendak syariat secara tidak langsung merapatkan lagi jurang dengan Pencipta apabila mengecapi hikmah-hikmah pensyariatan ibadat yang agung itu.
……………………………

Doc Yusof QardhaWI ada menyebut didalam kitabnya bahawa “Pemahaman dari sudut(حرفية النص)sahaja kadang-kadang boleh menjadikan ianya bercanggah dengan maqasid syariah yang sebenar”.

Akan bersambung ke siri ke- 2….


*menunggu detik-deti pulang ke Malaysia ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan