Jumaat, 23 Julai 2010

Mengkafirkan pemimpin muslim ( تكفير الحكماء المسلم)

Dunia hari ini melihat pelbagai jenis masyarakat yang sering mengkafirkan pimpinan mereka yang muslim terutama di Negara yang penduduknya majoritinya adalah muslim.Fenomena ini sering dikaitkan dengan mainan parti-parti politik yang ingin menjatuhkan parti politik yang lain.

Tujuan saya menulis artikel ini bukanlah menunjukkan saya berpihak kepada mana-mana parti politik, sedangkan saya seorang pelajar yang sememangnya tiada kepentingan untuk memihak kepada mana-mana parti politik di Malaysia khususnya.

Firman Allah S.W.T :
إِنَّا أَنزَلْنَا التَّوْرَاةَ فِيهَا هُدًى وَنُورٌ ۚ يَحْكُمُ بِهَا النَّبِيُّونَ الَّذِينَ أَسْلَمُوا لِلَّذِينَ هَادُوا وَالرَّبَّانِيُّونَ وَالْأَحْبَارُ بِمَا اسْتُحْفِظُوا مِن كِتَابِ اللَّهِ وَكَانُوا عَلَيْهِ شُهَدَاءَ ۚ فَلَا تَخْشَوُا النَّاسَ وَاخْشَوْنِ وَلَا تَشْتَرُوا بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلًا ۚ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.(MAIDAH,44)

وَكَتَبْنَا عَلَيْهِمْ فِيهَا أَنَّ النَّفْسَ بِالنَّفْسِ وَالْعَيْنَ بِالْعَيْنِ وَالْأَنفَ بِالْأَنفِ وَالْأُذُنَ بِالْأُذُنِ وَالسِّنَّ بِالسِّنِّ
وَالْجُرُوحَ قِصَاصٌ ۚ فَمَن تَصَدَّقَ بِهِ فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَّهُ ۚ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.(MAIDAH ,45)

وَلْيَحْكُمْ أَهْلُ الْإِنجِيلِ بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فِيهِ ۚ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ


Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.(MAIDAH,47)


Persoalan yang ingin saya lontarkan, adakah pemimpin islam yang tidak mengamalkan hukum-hakam islam di dalam sesebuah Negara adalah kafir??...dan adakah benar ayat di atas di tujukan kepada semua pemimpin islam????...

Pemahaman nas-nas diatas dari segi asal (أصل) ,sememangnya sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka dia adalah kafir.Namun, dari segi makna sebaliknya pula (تبعا), ayat ini diturunkan kepada yahudi dan nasrani yang mana mereka tidak menghukum degan apa yang disuruh oleh Allah S.A.W.

Terdapat perkataan injil dan taurat di sebutkan dalam ayat di atas.Maka ,jika di fahami dengan teliti, maksud ayat di atas di tujukan kepada golongan yahudi dan nasrani yang mana mereka tidak menghukum dengan apa yang di turunkan oleh Allah S.W.T dan bukanlah pemimpin islam . Manhaj mentakfirkan pemimpin islam bukanlah satu manhaj yang betul.Bukan terlalu mudah kita mahu menghukum sesorang itu kafir dari segi I’tikadnya.

Ini kerana, jika seseorang itu di hukum kafir,maka pelbagai hukum-hukum yang lain akan turut berubah kerana seseorang itu tidak lagi kembali muslim dari segi I’tikadnya.Pemahaman sesuatu nas itu mestilah difahami dari segi makna yang bertepatan dengan kehendak syariat(Allah).Kebanyakkan masyarakat hari ini hanya mengambil pahaman setengah nas dan meninggalkan nas yang lain.

Perbicangan yang cuba saya sampai adalah menghukum pemimpin islam kafir dari segi I’tikad.Soal pemimpin itu berdosa ataupun tidak adalah soal yang lain. Ulama telah bersepakat bahawa pemimpin yang menganggap bahawa hukum hakam yang ditetapkan oleh islam itu tidak relevan , maka barulah kitakan pemimpin itu kafir.

Jikalau seseorang pemimpin muslim itu tidak menghukum sesebuah Negara yang dipimpinnya dengan apa yang di sarankan oleh islam secara keseluruhannya.Dalam masa yang sama beliau seorang muslim yang menunaikan solat,berpuasa,menunaikan haji, dan segala ibadat-ibadat yang lain.Adakah pemimpin seperti ini akan dihukum kafir disebabkan tidak melaksanakan sesetengah perkara yang disuruh oleh islam???? Kebarangkalian pemimpin itu terkesan dengan ugutan ekonomi yang dimainkan oleh Amerika Syarikat jika menjalankan hukum islam.Sepeti mana yang kita tahu,Amerika Syarikat sememangnya menguasai dunia dan digeruni oleh Negara-negara yang kecil.Adakah disebabkan mangsa kepada politik dunia hari ini, kita boleh mengkafirkan pimimpin muslim???Mengkafirkan pemimpin bukanlah manhaj yang dapat menyelesaikan masalah ummat islam,bahkan boleh mendatangkan mafsadah yang lebih besar kepada ummat islam.

*kls maqosid doc syuwess mahamid

2 ulasan:

  1. Salam.

    Din,
    buat glosari perkataan yang tidak semua orang fahami (orang umum).

    contohnya, I'tikad,manhaj,mafsadah dan mana-mana kalimah arab yang tidak biasa orang umum gunakan.

    Sebabnya, dunia blog luas, siapapun boleh baca. Kita kena tahu semua pembaca punyai pelbagai latar pemahaman yang berbeza.

    Tahniah, teruskan menulis.
    Semoga sukses selalu.

    BalasPadam