Isnin, 28 Jun 2010

KRITIKAN ITU REALITI

Pada entri kali ini saya rasa terpanggil untuk membicarakan perkara ini.Memang sudah lama terbenak di hati untuk membicarakan soal ini,namun baru sekarang saya rasa mampu menulis tentangnya.Benarlah kata ifwat yang pernah satu ketika saya banyak mempelajari ilmu dengan beliau beliau ‘menyampaikan sesuatu melalui penulisan tidak sama dengan penyampaian bercakap’.

Kembali kepada tajuk semula.Semua pihak berhak menyatakan pendirian serta kritikan masing-masing.Namun sedar ataupun tidak, sejauh mana kritikan anda itu terhadap seseorang ataupun mana-mana persatuan @ kumpulan.Ramai hari ini memberi kritikan dan komentar berhujahkan dalil Al-quran dan sunnah.Iya,memang diakui kritikan seperti itu cukup bagus dan di galakkan.Terutama yang pelajar agama kerana bersesuaian dengan kelayakan mereka yang lebih memahami nas-nas syariah.
Sememangnya kritikan memang mematangkan kita.

Namun sedarkah anda sejauh mana realitinya kritikan anda tersebut.Adakah hanya sedap cakap pada mulut dan indah pada tulisan.Ingatlah,kritikan yang tidak berdasarkan realiti akan lebih menyakitkan hati banyak pihak bahkan boleh mendatangkan keburukan lebih besar.


Kritikan itu ada caranya


Jika anda mahu mengkritik sesebuah persatuan atau kumpulan, maka cara yang terbaik adalah anda sendiri bersua muka dengan pimpinan tersebut dan membincangkan secara terperinci.Cara sebegini ternyata lebih baik dan elok kerana tidak memalukan pihak terbabit.

Kritikan yang membina yang di maksudkan perlulah dengan bahasa yang elok,tutur kata yang manis, bukan mengikut hawa nafsu, marah x tentu pasal..bukan itu adab ulama apabila mengkritik pandangan mereka antara satu sama lain.
Teringat kisah imam As-Syafie apabila bersembahyang di masjid imam abu Hanifah ketika solat subuh.Maka dua aliran yang berbeza ini tidak berbalah seperti dunia hari ini,bahkan saling menghormati satu sama lain.

Saya pun tidak mahu menghurai cara panjang cara sesuatu kritikan itu.Cukup sekadar mendatang ibrah supaya kita semua berfikir.



Kritikan membetulkan bukan untuk mencari salah


Mencari salah seseorang bukan manhaj benar.Dunia hari ini digembar-gemburkan dengan beberapa golongan ulama yang mengkritik hadis-hadis imam bukhori .Jika kita menyingkap kembali sejarah,terdapat banyak ulama-ulama muhaddisin yang mengkritik imam bukhori tersebut dengan kritikan manhaj ilmi yang betul dan kena pada caranya.Kerana memang di akui imam Bukhori itu adalah manusia biasa dan tidak lari daripada sebarang kesalahan.

Apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah, manhaj kita yang sering mencari kesalahan itu adalah salah sehingga boleh menjadikan benda betul kepada salah.Semuanya kembali kepada niat kita sebagai pengkritik.Berapa ramai manusia hari ini yang sering mengkritik sehingga hilang segala jasa dan kebaikan seseorang tersebut.Manhaj yang sebegitu sememangnya mendatangkan mafsadah yang besar.

Berapa ramai dalam kalangan ilmuan hari ini hanya mempelajari manhaj mengkritik sesuatu ilmu tanpa mempelajari sesuatu ilmu dengan menyeluruh.Ini adalah satu manhaj yang salah.Sebagai contoh, kita mempelajari ilmu hadis, namun sejauh manakah pembelajaran kita terhadap ilmu tersebut, adakah sekadar mempelajari kesalahan imam bukhori dan imam-imam yang lain tanpa kita mengkaji seluruh ilmu hadis tersebut.

Begitu juga di dalam sebuah persatuan, kita hanya tahu mengkritik tanpa mengetahui asal-usul pangkal.Sebagai contoh, kumpulan A telah melaksanakan aktiviti ahli keluarga.Datang seorang individu mengkritik kumpulan A tersebut dengan mengatakan aktiviti tersebut membazir,dengan berhujahkan perbuatan membazir itu adalah berdosa.Memang betul membazir itu berdosa.Namun sejauh mana kajian individu tersebut terhadap “PEMBAZIRAN “ itu.????

Apa yang dimaksudkan dengan kritikan yang realiti

Jikalau belanjawan Negara RMK10 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia dikritik hebat oleh Anwar Ibrahim, inilah yang dimaksudkan dengan kritikan yang realiti,”bukan atas angin”…Ini kerana beliau mengkritik berdasarkan angka penilaian serta kajian beliau yang diakui seorang yang hebat di dalam ekoomi.

Apa yang saya maksudkan di sini,sebagai contoh,kritikan dari segi kewangan perlulah di kritik dari sedut angka bilangan @ nombor.Bukan hanya sekadar menceritakan keburukan ataupun tuduhan melulu tanpa menyelidik usul pangkal yang sebenar.

Melihat situasi hari ini,apabila sesuatu kumpulan dikritik oleh individu ataupun kumpulan yang lain, maka kita sebagai pengkritik perlu mengetahui asal usul sesuatu perkara dahulu, mengapa ia dilaksanakannya , dan sekiranya memang betul ianya salah, adakah kita hanya membiarkan kritikan itu terhenti di situ tanpa menyediakan alternatif yang lain..Jika perkara tersebut telah mendapat kesepakatan di dalam syura, maka kita mestilah menghormati keputusan syura tersebut kerana keputusan syura itu ada berkatnya.Tidak perlu mengata di belakang tabir.

Berbincanglah dengan orang sepatutnya bukannya bercerita dibelakang…

Alangkah baiknya jika sesuatu kritikan itu di sertakn alternatif.Itulah yang di lakukan ulama-ulama islam,apabila menghukum sesuatu itu haram,maka akan di sediakan alternative untuk maslahat masyarakat umum.Jika meletakkan duit di bank konvensional itu haram kerana di situ ada riba,maka ulama hari ini menyediakan alternative bank islam supaya mengelakkan masyarakat terlibat dengan riba.

Sebelum saya mengakhiri entri kali ini,ingin saya berpesan kepada kita semua “jangnlah kita menjadi golongan 5 peratus”…hanya tahu mengkritik,tetapi tidak tahu keadaan sebenar..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan