Jumaat, 26 Februari 2010

Hubbun nabi "Muhammad s.a.w"

Jika selalu di pondok-pondok, ketika hari maulidur rasul, akan terdengar suara mengalunkan madih-madih, selawat , ceramah dan sebagainya.Namun sejauh manakah seruan selawat, madih-madih yang dilaungkan itu menunjukkan kecintaan kita kepada nabi Muhammad s.a.w.Jika satu dunia menyambut kelahiran orang-orang yang mereka sanjung seperti raja dan sebagainya dengan sambutan yang cukup hebat.Kebiasaannya mereka akan membuat jamuan makanan yang besar-besaran,memberikan cuti kepada rakyat bagi pemimpin serta segala kemewahan keduniaan.

Namun adakah itu yang kita lakukan untuk menyambut kelahiran orang yang kita sanjung nabi Muhammad s.a.w.Sedarkah kita bahawa yang dituntut dalam islam adalah mengikuti sunnahnya ketika hari kelahirannya.Bukan sekadar mengikut sunnah pada 12 rabiul awal bahkan setiap masa.

Jangan marah orang tidak mengikut majlis-majlis selawat pada 12 rabiul awal yang dibuat di masjid-masjid jika anda seorang yang tidak pandai meniliai apakah erti kata "hubbun nabi".Sebagai contoh, anda tidak pernah membaca hadis-hadis mahupun mengahayati, namun anda memarahi orang tidak pergi ke majlis-majlis sambutan nabi Muhammad s.a.w.Anda tidak pernah melakukan solat sunat sebelum subuh di sebabkan anda selalu lewat di dalam menunaikan solat subuh.Ini menandakan bahawa pengahayatan kita terhadap sunnah nabi belum lagi tercapai.Cinta anda pada nabi hanyalah sekadar selawat namun tidak mampu menghayati makna disebalik selawat tersebut.

Begitu juga dengan madih-madih yang di dendangkan, anda hanya mampu melafazkan, namun kecintaan anda melalui lafaz-lafaz itu belum dapat di ikuti denagn amalan dengan mengikuti segala sunnahnya.

Firman Allah taala yang bermaksud : tidaklah kami utuskan Muhammad s.a.w itu melainkan mendatangkan rahmat untuk sekelian alam.

Maka rahmat yang disebutkan itu bukanlah untuk bangsa arab sahaja, ataupun bukan untuk kaum quraisy, bahkan ianyan untuk sekelian alam.

Jika anda memahami apa itu makna rahmat, anda akan mengikuti segala sunnah yang dibawa oleh nabi s.a.w.

Segala coretan yang dibuat ini bukanlah menunjukkan diri ini telah sempurna, namun sebagai peringatan untuk diri sendiri yang tidak lari dari melakukan kesilapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan