Khamis, 11 Jun 2009

Enzym yang diperbuat daripada babi

Hukum enzim yang diperbuat daripada babi

Dalam masaalah ini,tidak semua enzim diperbuat dpd babi - Jika asal enzim tersebut diperbuat daripada tulang babi atau lemaknya – haram .Namun ,terdapat satu kaedah yang telah digunakan jumhur fuqaha yang berkaitan dgn masalah ini, iaitu :

1 .Jika sesuatu najis yang telah melalui proses perubahan (istihalah), maka hukumnya turut akan berubah .

Contohya : jika seekor babi mati di dalam tempat pemprosesan garam, dan babi tersebut tidak lagi kembali seperti sifat babi yang sedia ada, bahkan ianya telah bertukar dari segi rasanya , namanya juga tidak lagi kembali kepada nama babi.Maka di sini, hukumnya juga turut akan berubah.

Daripada masalah ini, sesuatu benda itu tidak akan dihukum mengikut asalnya.Contohnya, asal arak adalah daripada anggur, dan anggur dari segi hukum syara’ tidak haram bahkan termasuk dalam hukum yang harus (mubahat).

Dan sekiranya sifat anggur tersebut bertukar kepada sifat yang memabukkan , maka hukumnya juga turut akan berubah kepada haram.Dan begitu juga jikalau sifat arak tersebut bertukar kepada cuka, sudah tentu juga dengan hukumnya yang akan berubah kepada halal.

Terdapat juga bahan-bahan yang lain yang mengandungi canpuran daripada babi seperti ubat gigi, sabun, dan lain-lain lagi.Untuk mudah difahami, bahan-bahan yang mengandungi campuran daripada babi tersebut telah melalui suatu proses perubahan kimia dan ianya tidak lagi kembali seperti babi .


terjemahan dan ringkasan kitab "fatawa muasirah" (Dr Yusof Al-Qardhawi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan