Jumaat, 11 Jun 2010
Tanggungjawab seorang isteri "untuk kak lang n kak ngah tercinta"
Maka tidak semua yang dikatakan oleh ulama itu adalah benar, bahkan mereka sendiri adalah mujtahid yang kadang-kadang tidak lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan, maka jika betul akan diberikan 2 ganjaran,dan sekiranya salah hanya 1 ganjaran seperti mana yang di sbutkan dalam hadis nabi s.a.w
Tanggungjawab isteri diantaranya adalah didalam mengurus segala yang berkaitan dengan kerja-kerja dalaman rumah.Antara dalil-dalilnya :
1. Allah S.W.T telah berfirman berkenaan dengan hal isteri :
( و لهن مثل الذين عليهن بالمعروف ) البقرة :227
Tanggungjawab si isteri kepada suaminya sesuatu yang makruf seperti mana yang disebutkan dalam ayat, maka apabila seorang lelaki yang melakukan semua perkara-perkara tersebut seperti memasak,membasuh baju,mengemas rumah, maka ianya adalah bukan sesuatu yag makruf disisi syariat islam.Tambahan pula apabila seorang si lelaki bekerja di luar rumah, maka dengan adilnya si isteri perlu melakukan kerja-kerja dalaman rumah seperti yang disebutkan sebentar tadi.
2. Sesungguhnya semua tanggungjawab adalah wajib, Allah S.W.T telah mewajibkan kepada suami untuk member nafkah, pakaian, dan tempat tinggal kepada si isteri – mahar perkahwinan- maka sudah semestinya segala tanggungjawab si suami itu mesti dibalas dengan pekerjaan yang menyamai tanggungjawab yang di wajibkan ke atas suami. Manaka kata-kata mereka yang mengatakan bahawa mahar dan nafqah yang wajib diberikan suami kepada isteri adalah merupakan pertukaran dengan persetubuhan yang diberikan si isteri kepada suami. Maka pandangan ini adalah salah, perkahwinan yang di bayar dengan mahar bukan pertukaran seperti mana yang berlaku dalam jual beli, kerana nikmat ersetubuhan itu dirasai oleh kedua-dua pihak.
3. Ibnu Qayyim telah berkata di dalam kitabnya ( al huda ) : Sesungguhnya akad yang mutlak itu di iktibar dengan uruf, maka uruf mengiktibar bahawa wanita melaksanakan kewajipan seperti kerja-kerja dalaman rumah.Allah S.W.T telah berfirman :
( الرجال قوامون لى النسآء ) النساء : 34
Maka jika si wanita tidak melaksanakan tanggungjawabnya kepada lelaki bahkan si lelaki pula yang melaksanakan tanggungjwab tadi , maka bercanggahlah dengan firman Allah sebentar tadi mana lelaki ini merupakan ketua bagi kaum wanita.
4. Diriwayatkan isteri-isteri para sahabat yang mana mereka semua melakukan kewajipan mereka terhadap suami-suami mereka dan segala yang berkaitan dengan kerja dalaman rumah.
Sebagai contoh, Asma Bin Abu Bakar berkata : Aku telah melaksanakn tanggungjawab terhadap zubir (suaminya ) kerja – kerja rumah kesemuanya, dan zubir mempunyai kuda, maka akulah yang membasuh serta menyucinya, dan aku memberi zubir air dan membuat makanan untuknya dan sebagainya.
Adapun sebahagian daripada ulama mengatakan bahawa hadis-hadis yang diriwayatkan di atas adalah menunjukkan segala amalan yang di laksanakan oleh isteri-isteri para sahabat adalah sunat dan bukanlah menunjukkan sebagai kewajipan bahkan kerja-kerja yang dilakukan itu menunjukkan sebagai sifat ihsan mereka terhadap suaminya.
Namun apabila di kaji semula, saidtina Fatimah telh mengadu kepada Rssulullah s.a.w tentang segala kerja-kerja yang telah dilaksanakan terhadap suaminya, dan nabi s.a.w mengindahkan segala aduan itu. Maka,perbuatan nabi tersebut seolah-olah menunjukkan bahawa segala kewajipan isteri terhadap suami adalah wajib.
Khamis, 8 April 2010
Fiqh Dakwah
Fiqh Dakwah
Fiqh dan dakwah adalah suatu instrumen yang tidak boleh dipisahkan oleh seorang faqih.Bahkan boleh di katakan suatu kewajipan kepada semua golongan yang mempelajari ilmu syariat islam.Seseorang yang menyampaikan suatu hukum, ataupun fatwa perlulah mengetahui cara-cara yang munasabah dengan bersesuaian dengan pendengar dan masyarakat awam.
Antara kepentingan yang dapat kita lihat disini adalah supaya si pendengar yang tidak berkecil hati dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh penyebar-penyebar ilmu Allah.Mahukah kita lihat manusia lari daripada islam disebabkan perkara-perkara begini.Fiqh dakwah ini amatlah bertepatan dengan keagungan islam itu sendiri.Maka, mereka yang tidak mengambil berat perkara-perkara begini seolah-olah mereka menzahirkan kepada masyarakat perkara yang berlawanan dengan keagungan islam bahkan mampu mendatangkan fitnah kepada islam itu sendiri.
Menyingkap sejarah yang berlaku pada zaman nabi s.a.w, terdapat satu hadis ketika mana seorang arab badwi telah kencing di masjid.Lalu nabi s.a.w menjiruskan air pada kencing tersebut tanpa memarahi arab lelaki tersebut.
Berdasarkan hadis ini, nabi s.a.w menyampaikan sesuatu dengan uslub dakwah yang baik.Nabi tidak menyuruh arab badwi tersebut pergi dalam mana tengah melepaskan kencingnya di masjid, bahkan membiarkan arab badwi tersebut sehingga selesai berhadas.Bayangkan jika nabi s.a.w terus menghalau badwi tersebut ketika mana dia sedang berhadas, tidakkah ianya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar. Iaitu menyebabkan najis tersebut merebak dalam kawasan masjid dengan lebih besar.
Satu contoh analogi yang cuba saya berikan.Seseorang yang mempunyai penyakit selsema babi.Ada dua sahabat telah datang kepadanya dengan membawa buah lemon.Yang mana kandungan lemon tersebut dipercayai mempunyai vitamin yang mampu menyembuhkan penyakit tersebut.Sahabat yang pertama datang dengan membawa buah lemon, kemudian beliau terus memasukkan buah lemon tersebut ke mulut sahabatnya yang sakit itu.Sahabat kedua datang dengan membawa buah yang sama , kemudian beliau mengupas buah tersebut, memotongnya dan meletakkannya kedalam pinggan.Kemudian baru diberikan kepada sahabatnya yang sakit itu.Seseorang yang memahami uslub dakwah dapat kita gambarkan melalui sahabat yang kedua, manakala mereka yang tidak memahami uslub dakwah dapat kita gambarkan sahabat yang pertama itu.
Cuba anda bayangkan seorang pendakwah itu menegur seorang pakcik tua yang sering mengisap rokok di dalam kehidupannya.Adakah cukup sekadar mengatakan perbuatan merokok itu haram, dan memasukkan si perokok itu ke neraka ???Apakah yang dirasakan pakcik tua itu???Jika asal teguran itu mahu membawanya kepada islam sudah tentu yang akan terjadi adalah sebaliknya.
Akhlak
Seorang yang tugasnya menyebarkan ilmu Allah sebenarnya menjadi ikutan kepada masyarakat.Sebagai mana ulama-ulama adalah perawis nabi,begitu juga dengan mereka yang menyebarkan ilmu Allah S.W.T.Segala perlakuan ,pemakaian dan segala aspek zahir seseorang itu, sudah tentu menjadi perhatian masyarakat awam.Menjaga segala pandangan masyarakat itu sangat penting.Jika ianya ditinggalkan, sudah tentu mendatangkan mafsadah yang besar kepada islam.Sebagai contoh : pelajar wanita lepasan syariah, bersalaman dengan rais universiti ketika majlis penerimaan sijil.Adakan ini yang digambarkan sebagai seseorang yang mempelajari ilmu hukum hakam, namun melakukan perkara dosa tersebut yang telah jelas pengharamannya.Apakah yang akan dinilai pelajar-pelajar jurusan selain syariah yang tidak mendalami hukum hakam syariat islam yang agung itu.